OUR JOURNEY
Thursday, 19 May 2016
Sunday, 28 December 2014
KRABI 2014....sawadikap
Tanggal 11/12/2014....hubby balik dari sembahyang subuh....cerita abang Rumaidi nak pi Krabi, nak ikut tak. Nak ikutttt.......lari ke dapur...siap siap breakfast. Pi Teluk Intan wat Passport...melayang RM650. Semua buat 2 tahun kecuali Farid 5 tahun...untuk tempoh sah passport. Lama juga kami menunggu giliran dan pukul 2 petang baru boleh ambil passport yang sudah siap.
Selesai passport...balik rumah google Agoda, mencari bilik untuk disewa. Alhamdulillah dapat TOP VIEW hotel....jumlah bayaran untuk RM792 untuk 4 hari 3 malam.
Jam 1.30 pagi kami bertolak ke rumah abang Rumaidi. Saya dan anak anak tidak tidur. Sepanjang malam tu...kemas baju yang hendak di bawa dan kemas rumah. Hubby dah masuk tidur pukul 8.00 malam, pukul 12.30 hubby bangun dah.
Kami sembahyang subuh di RnR Gurun. Siap sarapan sekali. Jam 8.00 pagi, kami sampai di pintu masuk Bukit Kayu Hitam, terpaksa tunggu beli insurans membawa kereta ke Thailand....insurans RM18.00
Sekali lagi kami sarapan pagi di pintu masuk sebelah Thailand...dan menukar wang RM2200. Gambar ada kat hset lagi....
Makan tengahari di sebuah restoran...hubby order sup....mak oiiiii sodapnya. Power gilerrr.
Sampai di Krabi jam 7.00 petang. Cari hotel x jumpa...penatnya...upanya atas bukit sikit. Naik bukit lerrr.....hihihi.
Malam kami makan di restoran berhampiran ajer...mahalnya, nasi pattaya RM12.00. Hubby dan anak anak aje yang makan, saya dah keyang sebab mahal....hahaha.
Posing depan kedai...pinjam topi kedai...kikiki
Esok pagi kami sewa motor.....merempit mencari makanan. Sewa motor RM20 merah, RM15 kuning untuk sehari.
Kami merempit mencari makanan, yesss nasi minyak dan ayam cuma RM3....baru tersenyum. Nasi kerabu pun ada...mabelosss
Petang jam 2.00, kami sewa van ke Phuket.....konon nak tengok matahari terbenam, tapi jalan yang sesak dan driver yang tak tahu cakap omputih....semua hampeh. Sewa van 12 orang RM250. Anak anak dan hubby shoping baju. Tshirt jersi memang cantik kualitinya....RM35 sehelai. Si irfan beli dua helai....bila dah kotor dia cuci baju guna tangan sendiri....punye le sayang kat jersi tu.
Kami sampai hotel balik jam 1.00 pagi....punya lena dalam van.
Esok kami akan berjimba di pantai....yeaaay saat yang saya dan anak anak amat sukerrr. Layan gambar kami di 4 buah pulau. Bayaran bot untuk kami sekeluarga RM235.
Selain ke Pulau Redang....inilah percutian yang terhebat. Hati kami untuk pantai,,,Ya Allah terima kasih atas nikmat yang diberikan.
InshaAllah kami akan datang lagi untuk ke Pulau Phi Phi pula.
LANGKAWI NOV 2014
Sejak memegang jawatan SU PBS...kerja-kerja PBS amatlah mencabar kesabaran, dan ketahanan fiziakl dan mental. Bila dah penat air laut akan memotivasikan diri dan menjadi ganjaran atas keletihan bekerja. Nak pergi ke Pulau Redang lagi, mak aai belanjanya banyak.....so Langkawi menjadi destinasi percutian kali ke 3....kali ni saya akan pastikan dapat menginap depan pantai. Hasil carian AGODA, dan dari komen positif pengunjung, maka saya menempah Malibest Resort sejak Julai 2014.
Angan-angan nak bergerak pukul 5....tapi punya lena so gerak lepas sembahyang subuh. Kami sampai di Jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 2.00 petang. Park kereta kat tempat Cg Mas.
Sampai di Langkawi, suami nak menyewa ALZA. Nak vios...honda....huhuhu dah ada yg booked. 2 hari RM 240.....
Kami beli monopad kat kios jeti Langkawi tadi....sebab nak berselfie...hihihi..posing dalam kereta.
Mabuk posing...
Sampai di Malibest Resort, bilik saya nak anak anak jauh pulak so....tukar bilik famili 2 katil queen dan add satu tilam. Bestnyerrr bilik depan pantai....petang....saya dan anak anak bujang terjun laut. Tak ada kami berselfie petang tu...sebab masa masih panjang lagi di sini.
Pukul 6.30 petang suami dah ajak keluar round....ronda ronda sampai malam. Sempat saya hantar baju ke dobi berdepan dengan hotel Fave, Harga RM4.50 sekilo. Kami makan malam di restoran sebelah Hotel Fave sebab tahun lepas kami tidur di Fave dan makan di sini, rasanya sedap dan harga amat berpatutan. Tapi agak mengecewakan kerana sudah tidak sedap seperti dulu.
Balik semula ke resort....anak anak masuk bilik....saya dan hubby sambung ronda ronda.....jalan kaki......singgah di restoran....melepak.
Keesokan....macam biasa, kami akan mencari sarapan. Anak anak masih menyambung aktiviti atas katil. Jam 9.00 pagi, bila anak anak nak mandi.....aduhhh air tak da. Tunggu maintanance...berjam dah....akhirnya pihak resort beri kunci bilik lain untuk mandi. Aktiviti kami ke sky cab dah terlewat. Selesai anak anak mandi....saya tak sedap hati, pekerja maintanance kata kalau cuti sekolah air menjadi masalah....so sebelum kami berjalan jalan ...baik saya minta pindah bilik lain....
Diberi semuah bilik lain....famili room....bilik besar tapi...aduhhhhh air cond tak sejuk. Hati dah mula panassss....ni. Akhirnya saya decide check-out.
Mood percutian sudah hilang....pantai nak bergolek dah ditinggalkan. Anak bongsu nak jugak naik Sky Cab.....so hubby take over percutian. Sebelum ke Sky Cab, hubby bawa kami ke pekan dan hubby menyewa Hotel Langkasuka....
Gambar-gambar menaiki Sky Cab.
Anak anak sambung main belon besar kat bawah.
Kami balik semula ke hotel dah malam...round cari coklat....mak aik, beratus habis kat coklat. Esoknya kami bertolak balik dalam pukul 2 petang.
Monday, 27 October 2014
CUTI CUTI SATU TRAGEDI
AIDIL FITRI 2014
Kali pertama dalam sambutan Aidil Fitri, kami membawa diri.....catatan menyedihkan. Lokasi di Chalet Haji Azero, Akauntan UP. Tq Tuan Haji.
Bestnya dapat round dengan bot ke Teluk Batik....dan makan ikan segar dari laut.
Kali pertama dalam sambutan Aidil Fitri, kami membawa diri.....catatan menyedihkan. Lokasi di Chalet Haji Azero, Akauntan UP. Tq Tuan Haji.
Bestnya dapat round dengan bot ke Teluk Batik....dan makan ikan segar dari laut.
CUTI CUTI JUN 2014
JUN 2014 (2 Hari 1 Malam)
Mari kita pi pantai pulak....nak golek golek...yeayyyy. Cari yang privacy sikit. Ok AGODA...lets do ur job. Hasil gurgle..kami pi ke Swiss Garden Damai Laut Resort Lumut.
Perbelanjaan Percutian
Bayaran Hotel : RM 262.00
Makan : RM 232.40
Pizza : RM 45.00
Minyak Kereta 2000cc : RM 70.00
Total : RM 609.40
Mari kita pi pantai pulak....nak golek golek...yeayyyy. Cari yang privacy sikit. Ok AGODA...lets do ur job. Hasil gurgle..kami pi ke Swiss Garden Damai Laut Resort Lumut.
Perbelanjaan Percutian
Bayaran Hotel : RM 262.00
Makan : RM 232.40
Pizza : RM 45.00
Minyak Kereta 2000cc : RM 70.00
Total : RM 609.40
CUTI CUTI MAC 2014
INGIN KU ABADIKAN PERCUTIAN KAMI SEBAGAI KENANGAN TERINDAH
BERMULA HARI INI.....
MAC 2014
Mari kita pi Cameron Highlands...atas permintaan anak daraku.
Kali ni kami tidur di M & Z Homestay...memang best...suasana kampung...... malam yang tenteram dan pagi hari yang menyegarkan. Harga RM150/malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























