Sunday, 28 December 2014

LANGKAWI NOV 2014

Sejak memegang jawatan SU PBS...kerja-kerja PBS amatlah mencabar kesabaran, dan ketahanan fiziakl dan mental. Bila dah penat air laut akan memotivasikan diri dan menjadi ganjaran atas keletihan bekerja. Nak pergi ke Pulau Redang lagi, mak aai belanjanya banyak.....so Langkawi menjadi destinasi percutian kali ke 3....kali ni saya akan pastikan dapat menginap depan pantai. Hasil carian AGODA, dan dari komen positif pengunjung, maka saya menempah Malibest Resort sejak Julai 2014.

Angan-angan nak bergerak pukul 5....tapi punya lena so gerak lepas sembahyang subuh. Kami sampai di Jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 2.00 petang. Park kereta kat tempat Cg Mas.

Sampai di Langkawi, suami nak menyewa ALZA. Nak vios...honda....huhuhu dah ada yg booked. 2 hari RM 240.....


Kami beli monopad kat kios jeti Langkawi tadi....sebab nak berselfie...hihihi..posing dalam kereta.
Mabuk posing...

Sampai di Malibest Resort, bilik saya nak anak anak jauh pulak so....tukar bilik famili 2 katil queen dan add satu tilam. Bestnyerrr bilik depan pantai....petang....saya dan anak anak bujang terjun laut. Tak ada kami berselfie petang tu...sebab masa masih panjang lagi di sini.

Pukul 6.30 petang suami dah ajak keluar round....ronda ronda sampai malam. Sempat saya hantar baju ke dobi berdepan dengan hotel Fave, Harga RM4.50 sekilo. Kami makan malam di restoran sebelah Hotel Fave sebab tahun lepas kami tidur di Fave dan makan di sini, rasanya sedap dan harga amat berpatutan. Tapi agak mengecewakan kerana sudah tidak sedap seperti dulu.

Balik semula ke resort....anak anak masuk bilik....saya dan hubby sambung ronda ronda.....jalan kaki......singgah di restoran....melepak.

Keesokan....macam biasa, kami akan mencari sarapan. Anak anak masih menyambung aktiviti atas katil. Jam 9.00 pagi, bila anak anak nak mandi.....aduhhh air tak da. Tunggu maintanance...berjam dah....akhirnya pihak resort beri kunci bilik lain untuk mandi. Aktiviti kami ke sky cab dah terlewat. Selesai anak anak mandi....saya tak sedap hati, pekerja maintanance kata kalau cuti sekolah air menjadi masalah....so sebelum kami berjalan jalan ...baik saya minta pindah bilik lain....

Diberi semuah bilik lain....famili room....bilik besar tapi...aduhhhhh air cond tak sejuk. Hati dah mula panassss....ni. Akhirnya saya decide check-out.

Mood percutian sudah hilang....pantai nak bergolek dah ditinggalkan. Anak bongsu nak jugak naik Sky Cab.....so hubby take over percutian. Sebelum ke Sky Cab, hubby bawa kami ke pekan dan hubby menyewa Hotel Langkasuka....

Gambar-gambar menaiki Sky Cab.


Anak anak sambung main belon besar kat bawah.



Kami balik semula ke hotel dah malam...round cari coklat....mak aik, beratus habis kat coklat. Esoknya kami bertolak balik dalam pukul 2 petang. 

































































































No comments:

Post a Comment